Kelas Asas Fun Mathematics
15 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mei 2016, kelas Fun Mathematics dijalankan di Bilik Latihan, Pusat Internet Sibuluh. Seramai 5 orang pelajar sekolah rendah yang mengikuti kelas tersebut. Pembelajaran mengenai asas matematik iaitu pengiraan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, latihan praktikal secara online juga diberikan kepada pelajar. Dengan teknik pembelajaran yang mudah dapat difahami oleh para pelajar, ia dapat melatih para pelajar untuk membiasakan diri mereka dengan penggunaan operasi matematik.
Kebaikan dan Kelebihan Program:
- Untuk mendidik pelajar untuk menggunakan komputer dan internet dengan cara yang selamat.
- Memupuk sikap bertanggungjawab terutamanya dalam penggunaan kandungan berangkai secara positif.
- Menggalakkan belia dan masyarakat sentiasa peka dan berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
Aktiviti yang turut diadakan:
- Kuiz Klik Dengan Bijak.
- Kuiz Fun Mathematics.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: